Tuesday, July 24, 2018

Cahaya

A) Cahaya Bergerak Lurus
  1. Cahaya dari lampu suluh hanya boleh dilihat apabila ketiga-tiga lubang adalah sebaris. Ini menunjukkan cahaya bergerak lurus.
  2. Aplikasi cahaya bergerak lurus:
    1. Alur cahaya dari rumah api.
    2. Alur cahaya matahari memasuki lubang gua.
    3. Sinar cahaya daripada lampu suluh dan pentas.
    4. Sinar cahaya daripada kereta dan helikopter.
  3. Saiz Bayang-Bayang
    1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya dihalang oleh objek legap atau lut cahaya.
    2. Saiz bayang-bayang dipengaruhi oleh:
      1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
        1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak di antara objek dengan sumber cahaya dan saiz bayang-bayang.
        2. Hubungan: Semakin dekat jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin besar saiz bayang-bayang.
      2.  ​Jarak di antara objek dengan skrin
        1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak di antara objek dengan skrin dan saiz bayang-bayang.
        2. Hubungan: Semakin dekat jarak di antara jarak antara objek dengan skrin, semakin kecil saiz bayang-bayang.
  4.  Bentuk Bayang-Bayang
    1. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek bergantung kepada:
      1. Kedudukan/ Orientasi objek
        1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan objek dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
        2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan/ objek berubah.
      2. Kedudukan sumber cahaya
        1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan sumber cahaya dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
        2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan sumber cahaya berubah.


(B) Cahaya Boleh dipantulkan
  1. Cahaya akan melantun balik apabila mengena satu permukaan yang licin seperti cermin. Ini menunjukkan cahaya boleh dipantulkan.
  2. Aplikasi pantulan cahaya:
    1. Cermin
    2. Cermin pergigian
    3. Cermin pandang belakang/ sisi
    4. Periskop
    5. Cermin cembung


(C) Cahaya Boleh Dibiaskan
  1. Pembiasan cahaya berlaku kerana arah pergerakan cahaya terpesong atau dibengkokkan apabila cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang lain.
  2. Pembiasan cahaya berlaku kerana kelajuan cahaya berubah apabila cahaya memasuki medium yang lain.
  3. Pembiasan tidak berlaku jika cahaya memasuki medium yang lain pada sudut tepat.
  4. Pembiasan cahaya mengakibatkan saiz dan kedudukan objek kelihatan berubah.
  5. Fenomena Pembiasan Cahaya:
    1. Pensel kelihatan bengkok.
    2. Ikan kelihatan lebih dekat dengan permukaan air.
    3. Tulisan kelihatan lebih dekat dengan kanta pembesar.
    4. Kolam kelihatan lebih cetek.
    5. Kejadian pelangi.
    6. Objek kelihatan lebih besar dalam balang berisi air. 
 

Selamat Datang

Selamat Ke Blog Kami. Pelbagai aktiviti yang akan kami paparkan.